Tahukah anda..
Petrol adalah bahanapi utama dalam menggerakan enjin secara keseluruhan,tanpa petrol enjin ibarat burung tanpa sayap,tidak berdaya untuk pergi jauh.Petrol bukan sahaja bahan bakar utama kenderaan malah ia juga berfungsi sebagai pencerna kepada sistem api kenderaan supaya ia dapat terus bergerak dan menceriakan pengguna kenderaan tersebut.
Walaubagaimanapun apabila petrol yang digunakan diadalam kenderaan seperti kereta meningkat secara mendadak dan tidak dapat dikawal,sukar jimat, sudah tentu pengguna akan berasa gusar dan akan terus mencari jalan untuk mengurangkan kadar penggunaan petrol dalam enjin kereta dsbnya.
Pada dasarnya penggunaan petrol akan tetap bertambah kerana komponen-komponen sistem minyak akan menjadi haus dan sebahagiannya pula tidak dapat berfungsi pada kadar 100 peratus lagi selepas beberapa kilometer digunakan.Komponen tersebut termasuklah hose,karburator,injektor,tangki minyak dan fuel filter.
Diantara komponen tersebut komponen seperti hose,karburator,injektor dan fuel filter adalah komponen yang menyumbang kepada penambahan penggunaan petrol pada sebuah kereta.
karbon yang memenuhi ruang atas pistonSecara teknikalnya pula penambahan karbon dalam enjin adalah penyumbang yang agak besar peratusnya dalam penambahan penggunaan petrol sesebuah kereta.Karbon akan bertambah apabila terdapat lebihan petrol yang tidak dibakar dan melekat disekitar atas piston,ring piston bawah head silinder,sekeliling injap dan didinding head silinder.
Secara teknikalnya juga karbon memang tidak dapat dimusnahkan begitu saja oleh aktiviti petrol dan pembakaran yang berterusan dalam enjin.Ia hanya boleh dilakukan hanya dengan membuat top overhaul ke atas enjin tersebut.Top overhaul yang kemas untuk membuang karbon harus dilakukan dan carakerja seperti membersihkan atas piston dan blok,membersihkan sekeliling injap dan silinder head perlu dilakukan supaya karbon dapat dinyahkan dari atas permukaan blok dan silinder head.
Setelah top overhaul selesai penggantian air filter dan plug adalah sebahagian pemangkin utama untuk mengembalikan kadar penggunaan petrol kepada asal.Hose dan fuel filter harus ditukar manakala tangki minyak pula perlu dibersihkan.Injektor atau karburator juga perlu diservis sebagai pengakhiran kepada proses mengembalikan penggunaan kadar petrol seminima yang mungkin untuk penjimatan.
Top overhaul adalah cara kerja teknikal yang menelan belanja yang agak besar untuk dilakukan dan sehinggakini carakerja tersebut kekal sebagai pembaikan ketika enjin panas sahaja seperti menukar head gasket dan grind valve.
Kajian untuk menjimatkan penggunaan petrol untuk kereta telah membawa kepada penggunaan decarbonizer untuk mencairkan karbon sewaktu enjin bergerak.Decarbonizer adalah sejenis bahan kimia campuran pelbagai bahan kimia sepert butoxyethanol dan blend polymer bertujuan mencairkan karbon menjadi kepulan asap dan seterusnya dialirkan melalui ekzos.
Pada masa kini penggunaan decarbonizer semakin meluas sehingga mencecah 85 peratus sebagai bahan utama untuk mempercepatkan proses top overhaul yang menelan kos serta masa yang agak panjang.Penggunaan decarbonizer lebih mudah ,bahan tersebut hanya perlu dialirkan kedalam sistem minyak untuk beberapa minit ataupun digunakan didalam tangki minyak untuk menikmati hasilnya pada kadar yang agak cepat berbanding top overhaul.
Salah satu produk yang digunakan untuk mengeluarkan karbon adalah E3 OIL DECARBONIZER..
MANFAAT SELEPAS MENGGUNAKAN E3 OIL
===================================
.
✅ Dapat Menjimatkan petrol & diesel 20-30%
✅ Meningkatkan kuasa enjin
✅ Enjin lebih senyap
✅ Memanjangkan jangka hayat palam pencucuh
✅ Membersihkan sisa carbon dalam enjin
✅ Membersih & meningkatkan prestasi injector & fuelpump
✅ Enjin mudah dihidupkan
✅ Melindungi injap dan piston semasa pembakaran
✅ Mempunyai system anti karat semulajadi (biosawit)
✅ Enjin tahan lebih lama
✅ Membebaskan karbon dioksida
Dengan hanya penggunaan 2 botol E3 OIL DECARBONIZER yang tidak mencecah harga RM100 anda dapat mengatasi masalah enjin anda..
Sebotol hanya berharga RM37


Tiada ulasan:
Catat Ulasan